in the name of ALLAH~
Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart.~Kay Knudsen
sebenarnya aku memang dah lame nak hupdate tapi kekeringan idea. sebab aku teringat pulak akak usrah IKRAMteen aku tu pernah kata, kalau boleh apa yang kita buat tu if possible, boleh kasi saham utk kite kat akhirat nanti. meski seorang cuma yang tersentuh hatinya bile tengok apa yang kita buat tuh, insyaALLAH adalah share untuk kita. tapi make surela apa yg kita buat tu membawa kita kepada kesedaran and mendekatkan lagi kita kepada yang Maha Berkuasa. contoh paling simple, masa update status kat fb :)
lagipun usia dah meningkat ni kan, * haha,ececeh* rase mmg patut and perlu utk banyakkan beribadah. apart from kite berfacebook bagai nak rak, atleast dengan buat benda tu jugak kita dapat something. iye dakk ?
basically, entry kali ni pasal CINTA. korang taw ape tanda-tanda jatuh cinta? yeah, lets checkitout XD
Menurut hadis, orang yg jatuh cinta ni lebih suka utk selalu mengingat and menyebut org yang dicintainya
Sabda Rasulullah, 'Brgsiapa yg mencintai sesuatu akan kerap menyebut tentang yg dicintainya'
Sabda Rasulullah, 'Brgsiapa yg mencintai sesuatu akan menjadi hamba kepada yg dicintainya'
Ulama' pun telah memperincikan based drpd apa yg disampaikan Rasulullah, jatuh cinta ni memiliki 3 peringkat ;
1) Lebih suka berbicara tentang yg dicintai berbanding yang lain.
hmm, fosho lerr bila dah jatuh cinta dalam kepala dok fike pasal die jela. kecenderungan tu jugak buatkan kita suka nak kumpul maklumat apa-apa je yang berkaitan dengan si dia. tak boleh dinafikan ia adalah dorongan semula jadi yang sememangnya tidak perlu dipaksa lagi.
2) Lebih suka berkumpul dan bersama orang yg dicintai berbanding yg lain.
Peringkat kedua, bila kita dah suka kat sesuatu tu, kita pasti akan berasa senang and happy setiap kali duduk bersama-samanya. tak kisahlah tak bercakap pun asal dapat pandang tu mak aihh orang kedah kate ape, seghiauu rase. haha. jarak memainkan peranan utk mengalirkan rasa bahagia dan tenteram. kerana dekat itu menjadikan kita merasai kewujudan yang dikasihi :)
3) Lebih suka mengikuti kemahuan yg dicintai berbanding diri sendiri dan org lain.
Peringkat terakhir apabila mencintai seseorang, kite akan buat ape je yg disukai oleh kekasih kita. langsung kalau boleh tak nak sakitkan hati dia walaupun dia tak nampak apa yang kita buat. ini adalah peringkat tertinggi ataupun kita panggil sebagai ekhsan. bagi org yg jatuh cinta kepada ALLAH, dia lebih suka berbicara dengan ALLAH, dengan membaca firman-Nya dan lebih suka mengikuti perintah ALLAH berbanding yang lain.
SO, bagaimanakah dengan diri kita? Nama siapakah yg kita selalu sebut tiaptiap hari? Dengan siapa kita lebih senang duduk bersama? Keinginan dan larangan siapakah yang selalu kita lakukan? Jawablah persoalan ini kerana melaluinya kita dapat tahu siapa yang kita cinta.
ALLAH kah yg dicintai?
MANUSIA kah yg dicintai?
atau NAFSUSERAKAH kah yg dicintai?
YOU CHOOSE !!!
thanks buku KOMPAS CINTA!